Peraturan

UNTUK ACARA

Sebarang pertambahan atau penambahbaikan kepada peraturan ketika mesyuarat Pengurus Pasukan tidak dibenarkan tanpa persetujuan oleh Jawatankuasa Induk.

Sebarang isu yang belum dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan oleh Jawatankuasa dan keputusan adalah muktamad.

UNTUK KEJOHANAN BOLA JALANAN

  1. 7-1-7 minit tempoh permainan
  2. Perlawanan Bola Jalanan (Street Soccer) terdiri daripada dua tempoh setiap satu, dimana berlangsung selama 10 minit jumlah masa bermain. Jam akan dihentikan setiap kali bola keluar dari kawasan permainan, dan dimulakan apabila permainan disambung semula.
  3. Jika pasukan tidak bersedia pada sepak mula (minimum dengan 2 pemain di atas padang), pasukan itu akan tewas serta-merta. Tempoh menunggu hanya 3 minit dan kemenangan 3-0. 3 mata akan diberikan kepada pasukan lawan.
  4. Paras ketinggian bola ketika dimainkan adalah paras pinggang. Mana-mana pemain yang melakukan kekasaran, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
  5. Perlawanan tidak akan bermula tanpa pengadil yang bertanggungjawab dengan meniup wisel dan menjatuhkan bola di tengah padang.
  6. Sentuhan fizikal atau alat gelongsor tidak dibenarkan
  7. Keputusan pengadil di gelanggang adalah muktamad, dan Jawatankuasa Induk tidak berhak mengganggu sebarang bantahan daripada mana-mana pihak berkaitan keputusan pengadil.
  8. Amaran akan diberikan pada permainan ganas, bahasa kasar atau kelakuan tidak semangat kesukanan.
  9. Amaran bermaksud pemain harus berada di luar permainan (digantung) sehingga gol seterusnya. Pasukan bermain dengan kurang pemain.
  10. Penggantungan bermakna pemain tidak dibenarkan kembali dalam permainan semasa, dan pasukan menjalankan permainan dengan kurang seorang pemain.
  11. Apa-apa jenis keganasan dan pergaduhan, kedua-dua pasukan akan disingkirkan daripada kejohanan.
  12. Terlalu ramai pemain di atas padang akan memberikan pasukan lawan penalti percuma.
  13. Semua sepakan percuma dan sepakan gol dilakukan secara terus dan dalam tempoh 5 saat. Jika tidak, sepakan akan diberikan kepada pasukan lawan.
  14. Pemain tidak dibenarkan berada di kawasan D tanpa adanya bola di kawasan itu

PERATURAN LAIN

  • Penggantian Pemain Tanpa Had
    Setiap perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap satu terdiri daripada tidak lebih tiga pemain (tiada penjaga gol).
  • Faul
    Sebarang kesalahan Foul akan didenda dengan sepakan percuma terus.
    Sebarang sepakan bola yang agresif mengenai penonton atau orang awam adalah satu kesalahan
  • Bilangan Pemain
    Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan lima pemain. (3 didalam kawasan bermain, 2 pemain ganti)
  • Jadual Mata
    – Pasukan diberikan 3 mata untuk kemenangan, 1 mata untuk seri, dan 0 mata untuk kekalahan. Jika terdapat pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama dan perbezaan gol yang sama, peraturan Goals For (GF) digunakan untuk menentukan perbezaan. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol apabila bertemu mendapat kedudukan yang lebih tinggi.
    – Jika pasukan terikat jaringan pada aksi kalah mati, sisteim kiraan jaringan emas akan dilakukan dalam masa 6 minit (3 minit setiap separuh masa), Jika masih seri selepas sepakan penalti akan dilaksanakan secara 3 v 3, diambil dari kawasan sendiri sehingga pemenang ditentukan
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita, serta campuran.